Saturday, April 14, 2007

APA ITU BLOG

Secara ringkas, Blog (ringkasan bagi Weblog) adalah journal online yang digunakan untuk menyatakan pendapat peribadi, atau penulisan mengenai sesuatu perkara dan sentiasa dikemaskini setiap hari. Konsep Blog adalah sama seperti buku diari harian.
Perbezaan ketara Blog dan laman web biasa adalah, setiap kali anda update atau memasukkan artikel penulisan terbaru, yang terkini akan berada diatas dan yang lepas akan berada dibawah (reverse chronological order). Selain itu, Blog mudah untuk diuruskan atau digunakan oleh sesiapa sahaja dan anda tidak perlu mempunyai pengetahuan teknikal yang tinggi.
Aktiviti mengemaskini atau menguruskan Blog dinamakan sebagai 'Blogging' manakala pemilik atau penulis Blog tersebut dikenali sebagai 'Blogger'. Manakala tulisan yang ditulis oleh Blogger di Blog dirujuk sebagai artikel.

No comments: