Ia bermula dari era tahun 1990 lagi dengan aplikasi-aplikasi tertentu seperti ruangan forum. Bemula daripada aplikasi tersebut, maka lahirlah aplikasi Blog yang dikenali sebagai online journal atau online diary dalam sekitar tahun 1994-2001. Blogger dikenali sebagai journalist atau diarists.
Dalam tahun 2001-2004, Blog banyak digunakan untuk penulisan mengenai isu semasa terutama politik. Dengan wujudnya pelbagai perisian Blog yang mudah digunakan, menyebabkan ia digunakan secara meluas untuk penyampaian sesuatu berita dan informasi.
Namun, daripada penggunaan yang lebih kepada peribadi dan isu semasa, kini ia telah diadaptasikan untuk perniagaan, menjana pendapatan dan sebagai satu tool pemasaran yang berkesan. Secara mudah, Blog adalah satu medium untuk membina kredibiliti, menunjukkan kepakaran penulis, tempat mempromosikan produk atau service serta berinteraksi dengan pengguna, pelawat atau bakal pelangan(prospek).
Saturday, April 14, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment